Malaysia Pertimbang Beli Jet Pejuang Rafale
31 Maret 2017
Dassault Rafale fighter (photo : Flyination)
PUTRAJAYA - Malaysia sedang mempertimbangkan pembelian kelengkapan pertahanan dari Perancis termasuk pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA), Rafale buatan Dassault Aviation.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia kini sedang melihat perkara berkenaan namun masih belum bersedia membuat sebarang keputusan mengenainya.
“Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan pelanggan besar peralatan ketenteraan dari Perancis, jadi perbincangan kita hari ini antaranya berkisar tentang perkara tersebut.
“Kita mengambil perhatian terhadap kejayaan pesawat buatan Perancis itu di beberapa negara dan kemungkinan baginya menjadi subjek kerjasama dan kolaborasi,” katanya dalam sidang akhbar bersama Presiden Perancis, Francois Hollande di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Terdahulu, Najib dan Hollande mengadakan mesyuarat dua hala dan menyaksikan majlis menandatangani dua surat hasrat (LOI) mengenai pertahanan dan pendidikan.
Perjanjian berhubung pertukaran dan maklumat sulit kerjasama pertahanan ditandatangani oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari Perancis, Jean-Yves Le Drian.
Diputuskan sebelum 2020
Baru-baru ini, Hishammuddin berkata, perolehan MRCA baharu bagi menggantikan pesawat MiG-29N, sama ada dari jenis Eurofighter Typhoon atau pun Dassault Rafale akan diputuskan sebelum 2020.
Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, perbincangan antara beliau dan Hollande turut mengetengahkan tentang soal pelaburan serta perdagangan dua hala yang kini mencecah RM15.2 bilion sekali gus menjadikan Perancis sebagai rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia.
Beliau menjelaskan, imbangan perdagangan memihak kepada Perancis ketika ini kerana sebahagian besar daripadanya melibatkan pembelian kelengkapan dari negara tersebut terutama kapal terbang, kapal serta lain-lain peralatan pertahanan dan keselamatan.
“Kita juga mengambil perhatian bahawa syarikat-syarikat Perancis di negara ini memainkan peranan yang besar dalam menyumbang peluang pekerjaan kepada 60,000 rakyat Malaysia seperti STMicroelectronics, Lafarge dan Technip.
“Syarikat kenderaan Perancis, Peugeot, pada masa sama, juga kini dalam fasa perbincangan serius bersama Proton Holdings Bhd. (Proton) tentang kemungkinan untuk satu bentuk perkongsian. Ia masih lagi belum dimuktamadkan tetapi ini adalah sesuatu yang boleh menjadi satu kemungkinan,” katanya.
(Utusan)

0 Response to "Malaysia Pertimbang Beli Jet Pejuang Rafale"
Post a Comment