TUDM Nilai Aset Pesawat MPA dan UAV, Tingkat Keupayaan
13 Desember 2017
Airbus C-295 MPA (image : AirbusMilitary)
IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang membuat penilaian untuk menentukan empat unit pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang sesuai bagi meningkat keupayaan pasukan tersebut pada masa depan.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, empat pesawat tersebut merupakan aset terbaharu yang telah diluluskan kerajaan kepada TUDM pada pembentangan Bajet 2018, Oktober lalu.
Selain itu kata Affendi, pihaknya juga sedang melihat keupayaan lain yang relevan melibatkan pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) sebagai langkah persediaan menghadapi ancaman baharu di masa hadapan.
“Pada masa yang sama, TUDM juga dalam perjalanan untuk memperkuat dan memperkasakan lagi keupayaan kita dengan peralatan yang konvensional dan bukan konvensional.
“Ini adalah untuk menentukan kita benar-benar bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman tidak kira pada masa sekarang dan juga masa hadapan, selain memastikan keupayaan kita sentiasa setaraf dengan keupayaan negara serantau yang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perbarisan tamat latihan perajurit muda TUDM Siri 57/2017 di padang kawad Akademi Tentera Udara (ATU) di sini hari ini.
Seramai 285 pelatih berjaya menamatkan latihan yang diadakan selama 22 minggu bermula 1 Julai sehingga 31 Disember itu.
(Utusan)

0 Response to "TUDM Nilai Aset Pesawat MPA dan UAV, Tingkat Keupayaan"
Post a Comment