Tentera Darat Malaysia Bangun Army4nextG
03 Maret 2018
M109A5 self propelled howitzer (photo : terralicks)
PORT DICKSON: Tentera Darat (TD) giat membangunkan Pelan Strategik Army4nextG sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi perubahan ancaman peperangan masa depan berteraskan teknologi.
Panglimanya, Tan Sri Zulkiple Kassim, berkata Army4nextG berteraskan teknologi itu merangkumi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kemajuan teknologi persenjataan, pembangunan sumber manusia dan latihan selain pengurusan logistik terancang.
Katanya, pelan itu memberi tumpuan terhadap penubuhan angkatan darat merangkumi elemen tempur, bantuan tempur, bantuan khidmat serta pembangunan modal insan bagi membolehkan warga TD bertindak terhadap ancaman berbeza.
"Dalam kemajuan teknologi masa kini, adalah penting bagi sesebuah negara mempunyai ketumbukan tentera yang berupaya mengenal pasti ancaman.
LG 105mm lightweight howitzer (photo : Erich Saumeth)
"Dengan pelan ini, warga TD dapat membezakan ancaman dihadapi, sekali gus membolehkan mereka mengambil tindakan pantas berdasarkan situasi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Upacara Perbarisan dan Perutusan Hari Tentera Darat Ke-85 yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.
Zulkiple berkata, Army4nextG akan memberi fokus terhadap risikan dan intelektual bagi mendepani ancaman dan perubahan persekitaran geostrategik dalam memastikan kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat terpelihara.
"Sebagai langkah peningkatan keupayaan, TD berharap beberapa aset perolehan yang diminta dapat ditunaikan.
MD-530G helicopter (photo : justhelicopters)
"Ini termasuk perolehan memiliki meriam Howitzer M109 A5 SPH, meriam 105MM Light Gun (LG) dan enam helikopter penggempur ringan MD530G yang dilengkapi sistem persenjataan terkini termasuk roket dan gattling gun," katanya.
Zulkiple berkata, perolehan enam helikopter penggempur itu bakal memberi pendedahan serta kemahiran kepada juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) mengendalikan helikopter tempur pada masa depan.
"Kemajuan pembinaan pesawat itu adalah antara 65 hingga 75 peratus ketika ini dan TD dijangka menerima sekurang-kurangnya dua helikopter ini Ogos depan," katanya.
(Berita Harian)

0 Response to "Tentera Darat Malaysia Bangun Army4nextG"
Post a Comment