Pangkor War Siri 2/18 TLDM

16 April 2018


KG Lekiu fregat (photo : KD Lekiu)

Lumut - Latihan Perang Pangkor atau lebih dikenali sebagai Pangkor War siri 2/18 telah dilaksanakan dengan jayanya. Pangkor War kali ini melibatkan kapal KD Lekiu, KD Lekir, KD Mahawangsa, KD Kasturi, KD Terengganu, KD Laksamana Mahmud Amin dan KD Laksamana Hang Nadim.


Korvet Laksamana class (photo : KD Lekiu)

Seawal jam 3.30 pagi kapal pertama telah memulakan pelayaran setelah mendapat amaran ancaman musuh di pulau berhampiran.


Latihan deck landing training (photo : KD Lekiu)

Antara latihan yang dilaksanakan sepanjang Pangkor War pada kali ini iaitu :
a. Pandu Arah Gelap
b. Pandu Arah Terang
c. Melalui Latihan Bebas Periuk Api
d. ADEX
e. SUTFX
f. Light Jackstay
g. RADAP


Latihan RASAP (photo : TLDM)

Setiap latihan yang dilaksanakan dinilai oleh tim penilai dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api dan Pusat Peperangan Elektronik selain tim Penilai dari Markas Pemerintahan Armada Barat sendiri. Latihan ini juga dapat melatih pegawai dan anggota dari segi kesiapsiagaan serta meningkatkan kecakapan dalam peperangan.


Latihan menunda kapal (photo : TLDM)

Secara keseluruhan, Pangkor War kali ini memberikan tumpuan kepada aspek Peperangan dan Ilmu Kelautan. Penilaian secara keseluruhan peralatan seperti sensor, persenjataan, serta keupayaan CIC turut diberi perhatian dan penilaian.

(TLDM)

0 Response to "Pangkor War Siri 2/18 TLDM"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel