Eksesais Paradise Menguji Kesiagaan dan Keupayaan Aset TUDM
05 November 2018
Eksesais Paradise Siri 5/2018 (photos : TUDM)
Gong Kedak - Eksesais Para Drop Air Defence, Insertion, Strike, Search & Rescue and Extration (PARADISE) Siri 5/2018 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berakhir di Pangkalan Udara Gong Kedak, berjaya mencapai objektif latihan ditetapkan.
Eksesais yang telah berlangsung selama 14 hari bermula 21 Okt 18 hingga 2 Nov 18 ini merupakan eksesais TUDM berskala besar yang turut menyokong eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (Eks Lion Storm siri 2/2018 & Eks Silver Spear siri 3/2018) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (Eks OSTEX siri 2/18). Eksesais siri ini adalah pertama kali diadakan di Semenanjung Malaysia dan pertama kali penyertaan oleh TLDM.
Antara objektif ditetapkan dalam eksesais ini ialah meningkatkan tahap saling kendali dalam menjalankan operasi membabitkan angkatan besar, menilai kesediaan pertempuran, kemahiran serta kecekapan pegawai & anggota dan untuk menilai tahap keberkesanan peralatan, sistem serta persenjataan TUDM.
Seramai 3109 pegawai dan anggota lain-lain pangkat terlibat dalam eksesais kali ini yang meliputi 2000 dari TUDM, 759 dari TDM dan 350 dari TLDM. Secara keseluruhannya, Eksesais PARADISE siri 5/2018 telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Antara latihan yang dilaksanakan adalah Latihan Tembakan Udara ke Permukaan, Air to Air Refueling, Force Down Procedure, Mass Drop dan Special Operation Troop Insertion.
Sebanyak empat buah pangkalan udara terlibat secara langsung iaitu PU Gong Kedak sebagai pangkalan utama, PU Kuantan, PU Butterworth dan PU Subang. Untuk rekod, sebanyak 208 sortie dengan 400 jam penerbangan berjaya dilakukan membabitkan latihan guguran udara sebanyak 13.8 tan di empat zon penguguran. Sebanyak 50 buah aset ATM dan eleman sokongan telah terlibat secara langsung dalam eksesais kali ini.
YBhg Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir bagi menyempurnakan majlis penutup eksesais ini. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar bin Mohd Jais serta kesemua peserta eksesais.
Dalam aturcara penutup, satu demonstrasi keupayaan operasi atau tactical demonstration TUDM telah dipersembahkan meliputi demonstrasi terjun bebas & statik, offensive rescue, close air support, strike dan flypass pesawat-pesawat TUDM.
Aset ATM dan Elemen Sokongan yang Terlibat Secara Langsung
TUDM
1) SU30MKM
2) F/A-18D HORNET
3) HAWK MK 108/208
4) C130H
5) B 200T
6) SK 61 A44
7) EC 725
8) CN 235
9) A400M
10) PASKAU
11) GBAD
12) MRTES
DARAT
1) 361 RAD (ANZA MK II)
2) 18 RAMD-PARA
3) 73 RSD-EW
4) 9 RRD PARA
*10 BGD PARA-PENERJUN
TLDM
1) KD MAHAWANGSA (MPCSS)
2) KD LEKIU (FRIGATE)
3) KD KASTURI (CORVETTE
4) KD TEGUHSAMUDERA (TRV)
5) KD PENDEKAR (FAC)
6) KD PERDANA (FAC)
7) KD MAHAMIRU (MCMV)
8) PUSAT PERTAHANAN UDARA (PPU)
(TUDM)

0 Response to "Eksesais Paradise Menguji Kesiagaan dan Keupayaan Aset TUDM"
Post a Comment