Light Combat Aircraft for RMAF

26 Maret 2019


HAL Tejas (photo : Alert5)

Light Combat Aircraft (LCA) merupakan pesawat tempur yang diasaskan dari pesawat jet latihan yang mana diubahsuai untuk kegunaan pertempuran udara, serangan darat dan bantuan rapat, pengintipan serta rondaan.

LCA mengunakan kelajuan subsonic tetapi mampu mencecah kelajuan 1 Mach+. Ia dilengkapi misil anti udara, bom panduan laser malah misil serangan darat. Ia membolehkan pesawat melakukan misi serangan anti Insurgensi (COIN) dan bantuan rapat udara (CAS) secara berkesan.

Berbeza dengan jet pejuang Lightweight seperti F-16 Fighting Falcon atau JAS-39 Gripen yang digunakan untuk pertahanan dan penguasaan udara, LCA lebih pada misi pertahanan sendiri dan menghapuskan ancaman jarak pendek.

LCA turut dilengkapi radar multi mod, pod saaran, pod peperangan elektronik serta pod tangki bahan api tambahan.


CL-41G Tebuan TUDM (photo : Mir ZafriZ)

Malaysia memiliki pesawat jenis LCA sejak 1967 dengan kemasukan 20 buah CL-41G Tebuan dari Canada untuk melawan Komunis ketika Insurgensi 1970 -1989. Ia diasaskan dari pesawat latihan jet CL-41 Tudor yang digunakan oleh Tentera Udara DiRaja Canada untuk Latihan. Ia dibersarakan berperingkat dengan yang terakhir aktif pada 1987 di Pangkalan Udara Kuantan.

Kemudian Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) mengunakan 21 buah Aermacchi MB339 (13 AM pada 1983 dan 8 CM pada awal 2000an). Kemudian pada 1994, 28 buah pesawat jet BAE Hawk (18 varian Light Attack Hawk 208, 10 varian LIFT Hawk 108) memasuki perkhidmatan pada 1994. Hawk 208 terlibat dengan Ops Daulat pada 2013 untuk mengebom kedudukan penceroboh Sulu dari Selatan Filipina dengan mengunakan bom panduan laser Paveway II.

Namun menjelang 2010, TUDM mula merancang untuk mengantikan Aermacchi MB339 dan BAE Hawk atas faktor keselamatan, untuk mendapatkan teknologi serta untuk meningkatkan keupayaan juruterbang.

Pada 2012, TUDM dilaporkan membuat penilaian terhadapa Yakolev Yak-130 Mitten semasa Pameran Udara Zhuhai di China. Selain itu, Leonardo menawarkan M346 Master dan KAI menawarkan T-50 Golden Eagle kepada Malaysia dengan dapat dilihat mereka hadir pada pameran DSA dan LIMA.


MB-339CM TUDM (photo : mdsaleh)

Pada 2019, media melaporkan Malaysia telah memohon mendapatkan maklumat (RFI) dari KAI untuk FA-50, Leonardo untuk M346 FA dan Yakolev untuk Yak-130. Selain itu, pesawat tempur dari PAC iaitu JF-17 Thunder dan HAL Tejas turut menerima RFI dari Malaysia.

FA-50 dan M346 FA diasaskan dari pesawat LIFT namun dipertingkatkan ke LCA setaraf keupayaan jet pejuang Lightweight seperti F-16 dan Gripen. Yak-130 selain untuk LIFT ia turut boleh dipertingkatkan tahap kombatannya dan sistem persenjataan. Russia dilaporkan berminat mengunakan Yak-130 sebagai penganti pesawat tempur serangan darat Su-25 Frogfoot.

FA-50, M346 FA dan Yak-130 juga digunakan sebagai pesawat latihan persediaan untuk juruterbamg mengendalikan jet pejuang Generasi ke-4+ dan Generasi ke-5.

JF-17 Thunder dan Tejas sebenarnya jet pejuang Lightweight tapi dikelaskan LCA masih bergelut dalam pembangunan dan peningkatan keupayaan.


BAE Hawk 108 dan 208 TUDM (photo : Blaster Aviagraphey)

JF-17 sebelum ini menghadapi sekatan dari US sebelum ini, dilihat sedang melakukan pembangunan peningkatan pesawat ini ketahap lebih tinggi seperti Block 2, Block 3 dan LIFT. Mengunakan teknologi Russia - China berbanding blok barat pada awalnya dilihat JF-17 tidak mencapai tahap optimum. Baru-baru ini China dilaporkan enggan berkongsi teknologi jet pejuang Generasi 4+ pada Pakistan untuk JF-17 sebaliknya menawarkan J-10 untuk kegunaan Tentera Udara Pakistan.

Tejas dilaporkan gagal dalam pengauditan untuk menilai tahap keupayaan untuk diuji nilai oleh Tentera Udara India (IAF). Tejas Mk1 dilaporkan gagal memenuhi kriteria yang dikehendaki IAF sekaligus ia gagal mendapatkan pelepasan (IOC) untuk diterbangkan dalam perkhidmatan IAF. HAL dilaporkan telah meningkatkan keupayaan Tejas dengan pengenalan varian Mk1A dan Mk2. Namun program Tejas dilihat bakal tergugat apabila Lockheed Martin - TATA memperkenalkan F-21 iaitu varian F-16 Viper Block 70.

Malaysia dilaporkan akan membuat perolehan 12 buah LCA dengan pilihan tambahan 24 buah pada masa akan datang dengan kos USD 300 juta. Jika Malaysia menempah pesawat berkenaan dalam tempoh 2019 - 2020, dijangka pesawat pertama bakal tiba pada 2021.

Ia penting untuk TUDM sebagai persediaan mengendalikan jet pejuang generasi baharu selain membantu jet pejuang utama dalam inventori TUDM.

(MDR)

0 Response to "Light Combat Aircraft for RMAF"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel