Glotec Limited Dianugerahkan Kontrak MRO Enjin Jet MB-339CM

06 April 2019


TUDM MBB-339CM (photo : Norman Yusof)

Glotec Limited telah dianugerahkan kontrak LOA untuk melakukan kerja-kerja MRO terhadap enjin jet latihan Aermacchi MB-339CM milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dengan kos RM40.8 juta.

Syarikat dari Serbia itu akan membaik pulih enjin Roll-Royce Viper Mk632-43 yang digunakan MB-339CM.

Enjin berkenaan adalah dari enjin jet latihan MB-339AM yang dibeli pada tahun 1983. Enjin berkenaan kemudian digunakan pada jet latihan MB-339CM yang memulakan perkhidmatan pada 2009.

Sebanyak 8 buah MB-339CM ditempah pada awalnya. Namun pada 2016, sebuah MB-339CM terhempas dan kini hanya 7 buah pesawat yang digunakan TUDM.

Leonardo yang kini memiliki Aermacchi dilaporkan menawarkan M-346 FA kepada Malaysia dengan penjualan semula pesawat MB-339CM kepada mereka.

M-346 FA merupakan jet pejuang ringan yang menjadi calon program Light Combat Aircraft (LCA) untuk Malaysia. Walaupun ia adalah pesawat kombatan, ia masih mengekalkan ciri-ciri pesawat jet latihan.

(MDR)

0 Response to "Glotec Limited Dianugerahkan Kontrak MRO Enjin Jet MB-339CM"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel