Gempita Mortar 120mm Diuji Coba pada LKT 2019

08 Juli 2019


Gempita Mortar 120mm, diuji coba bersama Adnan Mortar 81mm dan Adnan Mortar 120mm dalam Latihan Kuasa Tembakan 2019 (all photos : RAMD (Mek) 12)

GEMAS  - Latihan Kuasa Tembakan (LKT) merupakan aktiviti tahunan bagi menguji keupayaan aset yang dimiliki Tentera Darat (TD) di mana ianya bukanlah satu pembaziran sebaliknya merupakan medan untuk mengetahui tahap prestasi anggota TD dalam mengendalikan aset TD.



Pasukan 12 RAMD (Mek) telah terpilih untuk sama-sama terlibat dengan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2019 yang bakal dilaksanakan pada 14 hingga 24 Sep 2019. Bagi menyokong tugasan ini, pasukan telah mengambil pendekatan proaktif untuk melaksnakan latihan tembakan Pra-LKT bagi menguji senjata mortar 120mm dan mortar 81mm serta kecekapan krew mortar pasukan memgendalikannya.



Latihan ini dilaksanakan adalah untuk menguji INU pada sistem mortar 120mm yang baharu siap dibaiki sebelum LKT sebenar dilaksanakan.



Latihan ini melibatkan 4 buah KP Adnan jenis AMC 81 mm Mortar, 3 buah KP Adnan jenis 120 mm Mortar. Selain itu, terdapat juga sebuah KP Gempita jenis AMC 120 mm Mortar tumpangan 19 RAMD (Mek) turut terlibat dalam sesi latihan ini.



Objektif latihan adalah untuk mencapai tahap kemahiran (proficiency standard) pasukan dalam peranan ofensif dan defensif. Selain itu, melatih anggota menembak senjata bantuan di dalam suasana yang hampir sama dengan peperangan serta memahirkan anggota untuk mengendalikan senjata dalam pelbagai suasana pertempuran untuk mewujudkan mutu profesionalisma yang tinggi.

(RAMD (Mek) 12)

0 Response to "Gempita Mortar 120mm Diuji Coba pada LKT 2019"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel