9 Jet Pejuang TUDM Adakan Latihan Tembakan Peluru Berpandu
09 Agustus 2019
F/A-18D TUDM (photo : MalaysiaAktif)
LABUAN : Sembilan jet pejuang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) terlibat dalam siri latihan Tembakan Peluru Berpandu dari udara ke udara di perairan Laut China Selatan yang bermula pada 22 Julai lalu dan akan berakhir pada 10 Ogos ini.
Latihan yang diberi nama dengan kod ‘Op Bisa Daya dan Op Taring Daya’ melibatkan enam buah jet pejuang Shukhoi yang berpakalan di Gong Kedak, Jerteh Terangganu dan tiga buah lagi jet pejuang F/A-18 D Hornet yang berpangkalan di TUDM Butterworth Pulau Pinang.
Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, Leftenan Tengku Muhamad Dhiyauddin Tengku Daniel (TUDM), latihan tembakan peluru berpandu jenis misil dari udara ke udara siri pertama tahun ini bertujuan menguji kecekapan dan keupayaan juruterbang pesawat pejuang TUDM dalam mengendalikan pesawat dan melancarkan pelbagai persenjataan tepat ke sasaran.
Su-30MKM TUDM (photo : TUDM)
Tengku Muhamad Dhiyauddin berkata, salain itu ia juga bagi memastikan kesiapsiagaan aset dan persenjataan TUDM sentiasa berada pada tahap terbaik terutamanya didalam melindungi kedaulatan raung udara negara.
Sementara itu Juruterbang Shukhoi, Mejar Kharul Ikhwan Yussof ketika ditemui pemberita berkata, latihan tersebut yang berjalan dengan lancar turut mejalankan tugas pemantauan pariaran Labuan, Sabah dan Sarawak.
“Selain memastikan kesiapsiagaan juru terbang pesawat Shukhoi, latihan itu turut dibantu oleh seorang juruterbang yang bertindak mengawal sensor senjata,” katanya.
Seorang lagi juruterbang pesawat F/A-18 D Hornet ketika ditemui menjelaskan ketiga-tiga jet pejuang D Hornet yang terlibat dalam sesi latihan itu telah berjaya mencapai objektif tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
“Kerjasama antara pesawat D Hornet dan Sukhoi semasa latihan telah menunjukkan hasil positif dan bermanfaat, dengan kedua-dua pesawat itu boleh (bekerjasama) saling melengkapi antara satu sama lain,” katanya.
(New Sabah Times)

0 Response to "9 Jet Pejuang TUDM Adakan Latihan Tembakan Peluru Berpandu"
Post a Comment