Belanjawan 2020: Kerajaan Peruntuk RM 15.6 bilion kepada Kementerian Pertahanan Malaysia

11 Oktober 2019

Anggaran pertahanan Malaysia 2020 (graphic : Mal Mindef)

Kuala Lumpur – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini megumumkan peningkatan peruntukan keselamatan dan pertahanan semasa pembentangan Belanjawan 2020.

“Kerajaan akan meningkatkan peruntukan Kementerian Pertahanan daripada RM13.9 bilion dalam tahun 2019 kepada RM15.6 bilion untuk tahun 2020,” kata Guan Eng di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, belanjawan pertahanan pada tahun 2020 akan memberi fokus kepada penambahbaikan tahap kesiapsiagaan dan mobiliti Angkatan Tentera Malaysia. Ini termasuklah perolehan aset bagi menghadapi ancaman semasa.

“Di samping itu, kesiapsiagaan melibatkan keperluan untuk menangani ancaman baru, seperti mempertahankan perairan di Sabah yang memerlukan peralatan seperti Bot Pemintas Laju  (Fast Interceptor Crafts),” kata Menteri Kewangan.

Sementara itu, peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri dipertingkatkan sebanyak RM 1.3 bilion.

“Bagi memastikan keselamatan negara terpelihara, peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri akan diperkukuhkan daripada RM15.6 bilion untuk 2019 kepada RM16.9 bilion untuk 2020,” kata Guan Eng.

(AirTimes)

0 Response to "Belanjawan 2020: Kerajaan Peruntuk RM 15.6 bilion kepada Kementerian Pertahanan Malaysia"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel