TLDM Rancang Tubuh Markas Wilayah Laut 4 di Sarawak

14 Oktober 2019


KD Kelantan 175 (photo : TLDM)

KUCHING -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merancang menubuhkan Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) di Sarawak bagi memudahkan operasi kawalan keselamatan di perairan negeri itu.

Panglima Armada Timur TLDM Datuk Abdul Rahman Ayob berkata ketika ini TLDM mempunyai dua markas iaitu Mawilla 2 yang berpengkalan di Sandakan dan Markas Pemerintahan Armada Timur yang berpengkalan di Kota Kinabalu, Sabah.

“Kita merancang untuk menubuhkan Mawilla 4 di Sarawak dan tempatnya masih lagi dalam perbincangan di mana fokus kita di kawasan di Bintulu dan semua cadangan kertas kerja sedang dimajukan serta kita berharap ia dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Dengan adanya Mawilla 4 ini kelak, ia akan lebih memudahkan lagi pengoperasian kapal-kapal TLDM khususnya di dalam melaksanakan rondaan di perairan Sarawak,” katanya ketika ditemui pada majlis kunjungan hormat perpisahan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Kunjungan itu diadakan berikutan Abdul Rahman akan bertukar ke Kuala Lumpur mulai 15 Okt ini setelah menabur bakti sejak 25 Jun 2018 selaku Panglima Armada Timur TLDM.

(Bernama)

0 Response to "TLDM Rancang Tubuh Markas Wilayah Laut 4 di Sarawak"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel