Kapal Tempur Pesisir TLDM Sedia Diuji
19 Desember 2017
KD Maharaja Lela 2501 (photo : Malaysian Defence)
LUMUT – Kapal tempur pesisir (LCS) pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), LCS 1 Maharaja Lela dijangka mula melalui sesi percubaan di laut dan pelabuhan pada hujung tahun 2018.
Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd. (BHIC), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor berkata, sehingga kini kapal tempur tersebut telah 75 peratus siap dan sedang dalam fasa akhir pembinaan sebelum diserahkan kepada TLDM pada April 2019.
Menurutnya, setakat ini LCS 1 Maharaja Lela dalam proses pemasangan sistem tempur yang agak rumit yang dilakukan di Cyberjaya, Selangor.
“Kita akan mencuba setiap sistem bagi memastikan tiada masalah dan kita mahu kapal tersebut dapat digunakan pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peletakan Lunas Kapal Kombat Litoral 3 di Boustead Naval Shipyard, Pangkalan TLDM di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Pelat baja untuk LCS ke-4 (photo : Malaysian Defence)
Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
Ahmad Ramli berkata, LCS kedua dijangka melalui sesi percubaan di laut pada Oktober 2018 manakala LCS ketiga pada Jun 2019.
“Kerja-kerja pembinaan LCS keempat kini juga sudah dimulakan menerusi pembikinan dan pemasangan panel,” katanya.
Sementara itu, Abdul Rahim dalam ucapannya berkata, pelaksanaan program LCS telah berjaya membuka peluang penglibatan 20 vendor tempatan untuk turut bekerjasama dalam pembinaannya.
“Ini mampu melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang kompeten, berkualiti dan memiliki tahap pasaran yang tinggi pada masa akan datang,” ujarnya.
Katanya, kesemua kapal LCS yang dibina dengan kos bernilai RM9 bilion akan diserahkan kepada TLDM secara berperingkat sehingga kapal terakhir diserahkan pada tahun 2023.
(Utusan)

0 Response to "Kapal Tempur Pesisir TLDM Sedia Diuji"
Post a Comment